Friday, 9 September 2011

BULAN MADU DI PEJABAT AGAMA

              Se orang kenalan baru mendirikan rumah tangga 2010 yang lalu.Pasangan ini telah membuat keputusan untuk berbulan madu di suatu tempat yang malas kawan nak paparkan.Mereka menyewa bilik seperti biasa.Sewaktu mereka sedang tidur selepas tengah malam bilik mereka diserbu oleh pegawai penguatkuasa majlis agama.puas memujuk puas merayu dengan bukti inai di kaki dan tangan sebagai tanda baru saja berkahwin tapi tak ada siapa pun mahu percaya.Dia dan pasangannya di bawa ke pejabat agama berkenaan.
Terpaksalah berjaga sampai pagi menunggu pejabat agama tempat mereka mendaftarkan perkahwinan dibuka untuk mendapat pengesahan.Apabila disahkan benar barulah pasangan ini dibebabaskan.Kesian.
               Persoalannya mengapa mereka diperlakukan sedemikian rupa?Dengan keadaan inai yang masih merah dikaki dan tangan mereka tak bolehkah sekadar diambil butir-butir peribadi mereka dan dipanggil semula ke pejabat agama berkenaan pada suatu masa yang lain?Adakah dokumen nikah suatu yang wajib dibawa kemana saja kita pergi?Begitulah hebatnya mereka-mereka yang dipinjamkan sedikit saja kuasa sampai langsung tak mau guna akal dan budibicara.

               

No comments:

Post a Comment