' tanggal tiga pulul satu bulan lima puluh tujuh hari yang merdeka' begitulah dari sudirman haji arshad. kini sudah 54 tahiun kita mencapai kemerdekaan.adakah kita benar2 merdeka dalam ertikata sebenarnya? dengan tidak menafikan persekitaran kehidupan yang lebih baik seiring dengan kemajuan yang dinikmati di seluruh dunia
Kalau kita perhatikan secara mendalam,pembangunan insan untuk anak bangsa kita berada pada tahap paling kritikal.lihatlah dipusat2 serenti anak2 siapa yang ramai menghuni di sana? lihat juga di pusat2 membeli-belah anak2 siapakah yang ramai di sana? lihatlah di jalan2 raya pada waktu malam,anak2 siapakah yang seronok merempit? kenapa semua ini boleh berlaku pada anak2 kita?didikan yang bagaimana harus kita berikan pada anak2 kita?penyelesaiannya adalah tanggungjawab kita bersama.
apalah erti kemerdekaan yang kita kecapi kalau sebilangan besar anak2 kita menjadi generasi yang tak ada masa depan?kenapakah selepas hampir 1 generasi kita merdeka kita masih belum mampu menjadikan sebahagian besar anak2 kita insan yang berjaya dalam menghadapi kehidupan di dunia yang semakin mencabar ini?apa ertinya kemerdekaan ini kalau sebahagian besar daripada anak2 kita masih menjadi kuli orang untuk sesuap nasi?marilah kita sama2 mencari jalan untuk kemerdekaan yang hakiki untuk bangsa dan keturunan kita.
No comments:
Post a Comment